Mengapa CryoCord
Mengapa CryoCord
Penjaga yang Dipercayai
Penyimpanan Darah Tali Pusat dan Sel Stem CordMSCs anak anda adalah satu pelaburan jangka panjang. Oleh itu, amat penting untuk memilih institusi yang mempunyai rekod pengurusan dan kewangan yang kukuh serta boleh dipercayai. Di CryoCord, kami menjamin akauntabiliti dan ketelusan dalam setiap urusan dengan pelanggan. Bio-X Centre yang terletak di Cyberjaya, Malaysia adalah kemudahan seluas 120,000 kaki persegi yang dimiliki sepenuhnya oleh CryoCord. Ini membuktikan CryoCord sebagai syarikat yang stabil dari segi kewangan. Kami komited terhadap kelestarian perniagaan jangka panjang agar kami sentiasa dapat memenuhi keperluan anda dimasa hadapan
Berlesen, Diakreditasi & Diperakui
CryoCord merupakan makmal yang diakreditasi oleh AABB (Association for the Advancement of Blood & Biotherapies), piawaian global yang diiktiraf sebagai “gold standard” dalam sistem kualiti bagi bank darah tali pusat di peringkat antarabangsa. Makmal kami juga telah dianugerahkan status Amalan Pengilangan Baik (cGMP) selaras dengan piawaian PIC/S oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Selain itu, CryoCord juga berlesen di bawah Akta PHFS 1998 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan aktiviti penyimpanan sel stem tali pusat. Dengan rekod prestasi yang kukuh dan kepercayaan yang tinggi dalam industri, CryoCord kini dikenali sebagai syarikat penyimpanan sel stem dan terapi sel yang bertauliah
Sedia untuk Pelepasan & Rawatan
Pengembangan sel (cellular expansion) merupakan langkah penting yang dilaksanakan oleh CryoCord sebelum sebarang penyimpanan sel (termasuk MSCs dan sel lain untuk tujuan rawatan). Proses ini memastikan jumlah sel yang disimpan mencukupi apabila diperlukan, terutamanya bagi aplikasi perubatan yang memerlukan bilangan sel yang banyak. Selain itu, ujian unit pembentuk koloni (Colony Forming Unit, CFU) dijalankan setiap tahun bagi mengesahkan kebolehhidupan, keupayaan pembiakan, dan potensi pembezaan sel stem yang disimpan. Dengan rekod kejayaan yang terbukti, CryoCord telah berjaya melepaskan pelbagai unit sel stem untuk digunakan dalam pelbagai rawatan klinikal.
Bangunan Direka Khas
Walaupun mana-mana ruang mungkin boleh digunakan untuk penyimpanan sel stem, CryoCord menekankan perlindungan maksimum terhadap sel stem berharga pelanggan.
Oleh itu, makmal dan kemudahan penyimpanan CryoCord beroperasi dalam bangunan yang direka khas di Cyberjaya, yang menepati garis panduan ketat cGMP (current Good Manufacturing Practice).
CryoCord turut mengambil langkah tambahan keselamatan dengan menggunakan sistem bekalan kuasa dua hala (dual-feed power supply) bagi memastikan operasi berterusan tanpa gangguan, walaupun ketika berlakunya gangguan elektrik.